Giliran RHB Insurance milik KWSP pula akan dijual.

Hampir tiap-tiap hari kita dihidangkan dengan berita aset-aset negara dijual satu persatu selepas PRU14.

Saya rasa Rakyat pun dah biasa dengan berita-berita seperti ini. Tidak mengejutkan lagi.

Kali ini, kerajaan PH telah meluluskan Bank RHB yang dimilik KWSP untuk menjual seluruh pegangan mereka dalam RHB Insurance Bhd kepada sebuah syarikat Jepun.

Khabarnya, harga jualan adalah sekitar RM2 bilion.

Masa BN, bank-bank Malaysia sering membeli aset-aset asing termasuk bank asing.

Masa PH pula, aset negara sering dijualkan balik kepada orang asing.

Industri insurans Malaysia sudahpun dikuasai oleh syarikat asing.

Untuk menyelesaikan masalah ini, BNM di bawah kerajaan BN mengeluarkan arahan bahawa syarikat asing tdiak lagi dibenarkan untuk memegang kepentingan saham lebih dari 70% dalam syarikat insurans mereka di Malaysia.

Masuk Guan Eng pula, dia kata arahan ini tidak adil.
https://www.theedgemarkets.com/article/great-eastern-exempted-foreign-ownership-limit

Lepas itu, dia membenarkan syarikat insurans Singapura untuk mengendalikan skim insurans B40 yang diberi nama MySalam untuk seluruh Malaysia.

Hari ini, satu lagi syarikat inusrans besar negara dijual pula kepada Jepun.

Raykat bersorak lagi.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/07/590973/rhb-bank-dapat-lampu-hijau-jual-perniagaan-insurans-am

dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker