Mana Pulak Anwar Dipecat Berdasarkan Keputusan Mahkamah?

Share


oleh Ahmad Faiz

Benda dah berlaku 21 tahun, kita faham kalau ramai yang lupa, tapi kalau yang buat keputusan sendiri pun terlupa (seperti di dakwa banyak pihak di media sosial), ini betul-betul membingungkan kita semua.

Atau, betul ke (terlupa)?

Apa pun kita taknak sentuhlah hal itu (terlupa) sebab kita semua fahamlah statusnya macam mana tapi nak sebutkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu bukan dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu, bukanlah berdasarkan apa-apa keputusan dari mana-mana Mahkamah.

Ramai masih ingat petang hari itu pada 2 September 1998, kita semua dikejutkan dengan berita pemecatan beliau yang diumumkan melalui siaran berita.

Terkejut kita semua sebab tak beberapa hari sebelum itu, nama beliau disebutkan sekali lagi sebagai bakal Perdana Menteri yang seterusnya.

Alih-alih tak lama lepas itu kena pecat? Mana tak terkujat ye tak.

Sudahlah tu, alasan pemecatan ketika itu kerana isu moral (bukan isu politik), walaupun jelas dan terang pergeseran politik antara nombor satu dan nombor dua dalam UMNO pada waktu tersebut sudah makin ketara dengan masing-masing berbalas serangan dalam PAU tahun yang sama.

Sekalipun tak dinafikan kaitan beliau dengan kegiatan tak bermoral itu bukan pertama kali timbul tapi telah disebutkan sejak 1996 lagi oleh pemimpin dari parti PAS dan DAP – malah mendapat gelaran Sheikh Al-Jubori dari individu yang kini menjadi Presiden PAN, tapi ramai yang terkejut kerana UMNO sendiri yang akhirnya menggunakan perkara itu untuk memecat beliau.

Ramai tak boleh menerima pemecatan tersebut dan menolak bulat-bulat alasan yang diberikan. Walaupun selepas itu perincian lebih jelas diberikan kenapa Anwar dipecat kepada majoriti wartawan luar negara, seperti dikatakan melakukan on*n* sewaktu meliwat mangsanya (walhal tak siapa pun tanya), tahap keyakinan yang menyokong berkurang tiada.

Tak hairan ketika Anwar didakwa di Mahkamah buat kali pertama tak lama selepas itu, Dataran Merdeka dipenuhi lautan manusia yang bersimpati dengan nasib beliau.

Justeru menjelaskan bahawa – Anwar bukan dipecat kerana keputusan Mahkamah atau apa yang diperkatakan itu. Beliau dipecat sebelum di dakwa pun lagi.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *