Jawatan Perdana Menteri : Janji Sama Sendiri Pun Dicapati Juga?

oleh Ahmad Faiz

5 tahun bukan saja bermaksud sepenggal, malah ia juga membawa maksud, sesiapa yang berumur 93 tahun pada 2018 akan berusia 98 tahun pada tahun 2023 – 2 tahun lagi nak cecah 100 tahun.

Pada usia itu, kita tak bimbang sangat dengan keupayaan fizikal, yang kita bimbangkan ni kemampuan mental.

Bayangkanlah kalau kita mencari teksi, yakinkah kita akan sampai ke destinasi kalau pemandu itu berumur lewat 90-an? Dah tentu tidak, dan ini hanya bercakap tentang pemandu teksi yang tugasnya hanya mengemudi kereta.

Kalau yang lebih berat seperti mengemudi negara dan sebagainya, lebih lagilah.

Atas sebab itulah gamaknya dalam dunia sekarang, tidak ada negara pun yang membenarkan orang pada usia lanjut seperti itu memimpin kerajaan. Kalau lumrah, dah ramai orang buat dah, tapi takde pun

Persoalan kudrat bukan boleh buat main-main, silap-silap, mudarat. Sementara orang Islam wajib percaya ajal maut ketentuan Tuhan tapi lumrah dunia pun tak boleh diketepikan.

Habis bab 1.

Mula bab 2 (takde kena mengena dengan bab 1)

Sebelum PRU14, rakyat diberitahu Tun akan menjadi Perdana Menteri sementara dengan Datuk Seri Anwar akan mengambil alih. Ditambah dengan pelbagai harapan palsu dan pembohongan yang ditaburkan dalam manifesto mereka, rakyat yakin dan memberikan Pakatan kemenangan.

Hari ini, dengan sokongan Timbalan kepada Anwar sendiri dalam PKR untuk menyokong Tun menjadi Perdana Menteri sepenggal penuh, bukan saja janji itu (Anwar akan mengambil alih) nampaknya bakal berkubur, rakyat dalam negara juga berhadapan dengan ketidaktentuan serta ketidakpastian sekarang ini.

Boleh ke? Larat ke? Apa jadi kalau itu dan begini nanti? Itu baru memikirkan usia, ni, apa bala nak datang selepas janji melantik Anwar pun dicapati, kita masih tak tahu lagi. Pendek kata, pelbagai persoalan bermain dalam kepala rakyat sekarang.

Tak payah fikir lagilah apa dalam kepala pelabur dan sebagainya.

Ini negara yang kita cakapkan. Bukan boleh main digolok digadai untung nasibnya macam dalam kisah Nujum Pak Belalang.

Negara ini lebih 30 juta orang rakyatnya. 30 juta bukan sikit. Apa tak cukup kebolehan ke sehingga yang itu juga diperah kudratnya sampai kering?

Related Articles

3 Comments

    1. Sebenarnya saya adalah salah seorang idola Mahathir semasa dia menjadi PM selama 22 tahun. Saya sangat kagum dengan pentadbiran dan ketegasan beliau waktu itu. Saya sebagai HR di Hyatt Kuantan menulis surat kepada nya dengan memuji pentadbiran beliau. Dia membalas surat saya dengan ucapan terima kasih.
      Tetapi apabila dia menang PRU 14 dengan cara pembohongan dan fitnah saya mula hilang hormat kepada beliau. Semasa dia menjadi PM dia dibantu oleh barisan menteri menteri yang bijak dan berwibawa. Apabila DSNR mengambil alih tampok kepimpinan negara aman dan damai dibawah parti UMNO. Mahathir marah Najib kerana tidak mahu menerus kan kehendak dan impiannya. Melucutkan jawatan Menteri Besar Kedah. Maka timbul lah kebencian nya terhadap DSNR. Najib pula mempunyai pengaruh yang kuat dari rakyat. Jadi untuk menumbang
      kan Najib dan UMNO terpaksa mereka cipta dan element fitnah ditaburkan berkali kali sehingga
      rakyat percaya. Tambahan lagi pemimpin pemimpin UMNO waktu itu leka dan ghairah dengan kedudukan masing masing sehingga menimbulkan rakyat benci pada UMNO. Saya melalui dimana pemimpin pemimpin UMNO berlagak dan sombong waktu. DSNR memang seorang PM yang baik dan merendah diri mengikut pandangan rakyat. Malangnya isteri beliau yang banyak menimbulkan konflik pada pandangan rakyat. Maka tumbanglah UMNO selepas 60 tahun memegang tampuk pemerintahan.
      Kalau lah Mahathir tidak menukarkan sikap seperti dahulu dan meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh DSNR saya percaya dia tetap disanjongi dan dihormati oleh rakyat sehingga akhir hayat nya. Kerana dia dah established satu reputation yang cukup baik. Tapi apa boleh buat age is a factor to take the element of changes. From my own sincere opinion.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker