Siapa sebenarnya ‘Wendy Loong’?

Nama ‘Wendy Loong’ begitu popular disebut di media sosial dalam tempoh seminggu ini.

Nama itu disebut-sebut berikutan hantaran biadap yang dilakukan oleh sebuah akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Wendy Loong’ di laman Facebook Kiub Batu Itu Berhala.

Hantaran tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai apabila mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, lebih 483 laporan polis telah dibuat terhadap ‘Wendy Loong’.

Nama ‘Wendy Loong’ kembali hangat diperkatakan apabila beberapa akaun Facebook dan Twiter menuduh seorang individu bernama ‘Muhsin Latheef’ telah membuka akaun ‘Wendy Loong’ dan membuat hantaran tersebut dengan tujuan untuk mencetuskan ketegangan.

Turut berkongsi maklumat tersebut adalah Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad di Twitter beliau.

“Kerja golongan nak jatuhkan PH. Menyamar sebagai C*** untuk mencetuskan ketegangan kaum/agama. Yang bodoh dalam UMNO dan Pas pasti terpengaruh.

“Ulama turut mengapi-apikan semangat perkauman atas nama ‘Islam’. Tak ada modal selain perkauman. Wendy Loong sebenarnya Muhsin Lateef,” tulis Khalid.

Khalid berkata, akaun bernama bukan Islam mungkin dimiliki oleh orang Islam dan digunakan untuk melagakan antara orang Islam dan bukan Islam.

Khalid bagaimanapun kemudiannya menarik balik tuduhan bahawa Muhsin Lateef adalah Wendy Loong.

“Oleh kerana soalan sama ada Muhsin Latheef adalah Wendy Loong atau sebaliknya satu perkara yang belum lagi pasti. Maka saya tarik balik post saya yang menyebut Muhsin Latheef sebagai Wendy Loong,” tulis Khalid.

Sementara itu, Muhsin Lateef menafikan bahawa beliau adalah ‘Wendy Loong’. Dalam satu hantaran di Facebook Muhsin berkata, beliau telah membuat laporan polis terhadap tuduhan tersebut.

Malah beliau turut meminta peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menuduhnya sebagai Wendy Loong.

“Satu laporan polis akan dibuat ke atas no telefon 013-400 **** kerana menyebarkan fitnah ke atas saya Muhsin Latheef dengan mengatakan saya adalah Wendy Loong yang menghina baginda Rasullulah.

“Saya akan meminta peguam saya Dr. Shamser Singh Thind untuk mengeluarkan satu saman terhadap individu ini dan beberapa individu lain termasuk pages-pages politik yang terlibat. Saya menafikan sekeras-kerasnya, bahawa saya bukan pelakunya!” kata Muhsin Latheef.-UTUSAN ONLINE

Related Articles

One Comment

  1. Yang paling kesian satu Malaysia dah tentu Khalid Samad…tak berani keluar gua sebab tak ada isu nak bahan BN dan PAS. Sekali dapat info tak soheh macam ni terus menyalak gaban tak usul periksa.

    Sesungguhnya Khalid gereja memang dahagakan berita2 buruk pihak lawan untuk dijajakan..namun yang kunjung tiba semuanya palsu belaka kah30x

    Nak mintak maaf pun malu..kah50x

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker