‘Asyik kata baik, data tunjuk masih lembab’ – Najib

KUALA LUMPUR 28 Julai – Keuntungan bersih suku kedua Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tahun ini mencatatkan penurunan RM375 juta, berbanding RM440 juta pada suku pertama.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah keuntungan bersih Tabung Haji untuk separuh pertama tahun ini pula hanya 49.8 peratus berbanding 12 bulan tahun lalu.

Kata beliau, lebih menyedihkan apabila pendapatan separuh pertama tahun ini yang berjumlah RM1.3 bilion hanya 30.9 peratus berbanding seluruh tahun lalu.

“Nilai aset Tabung Haji juga telah jatuh RM2.5 bilion kepada RM74 bilion pada akhir bulan Jun 2019, berbanding RM76.5 bilion pada akhir tahun 2018.



“Bermaksud prestasi Tabung Haji masih lembab berbanding tahun 2018 di mana hIbah 1.25 peratus, iaitu paling rendah dalam sejarah diumumkan,” katanya dalam status akaun Facebook miliknya, hari ini.

Dalam hantaran status yang sama, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mempersoalkan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof memahami semua data tersebut.

“Asyik kata baik tapi data tunjuk masih lembab,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

One Comment

  1. Kelebihan menteri2 PH hanyalah KELENTONG. Kerajaan sekarang layak digelar KELENTONGKRASI

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker