BILA DR P RAMASAMY DAN WAYTHA MOORTHY BERGADUH BANYAK PERKARA AKAN TERBONGKAR

Share

Melucukan sekali bila melihat dua pemimpin India dalam kerajaan bergaduh secara terbuka mengenai dana RM100 juta yang dimaksudkan kepada masyarakat India di Malaysia.

Lihatlah sahaja pertukaran kata-kata antara Dr P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang, dan Waytha Moorthy, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, ini:

(1) Tanya Dr P Ramasamy kepada Waytha Moorthy: Apa berlaku kepada dana RM100 juta? Mengapa kamu tidak telus? Mengapa kamu tidak umum senarai semua penerima?


(2) Jawab Waytha Moorthy kepada Dr P Ramasamy: Kamu jahil (ignorant). Senarai semua penerima sudah dipapar. Kita dalam kerajaan sama kamu telefon sajalah saya.

(3) Jawab Dr P Ramasamy kepada Waytha Moorthy: Kamulah yang jahil (ignorant). Apa perlu saya telefon kamu? Mengapa kamu sembunyi dari masyarakat India?

(4) Cabar Dr P Ramasamy kepada Waytha Moorthy: Kamu ahli politik pintu belakang. Jangan sembunyi di belakang PM. Kalau berani panggillah ‘town hall meeting’.


(5) Tanya Dr P Ramasamy kepada Waytha Moorthy: Mengapa kamu bagi kepada pihak yang tiada peranan? Apakah mereka kroni kamu? Ke mana lagi RM68.5 juta?

Bila Waytha Moorthy kata Dr P Ramasamy jahil (ignorant) dan Dr P Ramasamy juga kata Waytha Moorthy jahil (ignorant), apakah ini bermakna kedua-dua mereka jahil (ignorant)

Apa pun, kita tunggu saja siri-siri jawapan seterusnya daripada kedua-dua Waytha Moorthy dan Dr P Ramasamy


Dr. Kamarul Yusoff

Leave a Reply