Waspada doa orang dizalimi

DALAM dunia serba moden ini, ramai antara kita yang berlumba-lumba mengejar harta dunia sehingga sanggup memijak dan menindas golongan tidak berkemampuan.

Mana tidaknya, jawatan serta pangkat yang besar membutakan mata dan hati mereka untuk melakukan perkara yang boleh dilakukan demi kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.

Namun, mereka lupa bahawa kemenangan atau nikmat yang diperoleh dengan cara menjatuhkan serta memijak orang lain adalah tidak diredai Allah, malah, orang yang dizalimi itu boleh mendoakan kecelakaan kepada mereka.

Ingatlah bahawa doa orang dizalimi tiada hijab. Jadi, saat seseorang dizalimi dan disakiti apabila dia mendoakan orang yang menyakitinya agar ditimpa musibah, Allah akan mengabulkannya.

“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang antaranya untuk diterima oleh Allah.” – Riwayat Ahmad

Oleh itu, meskipun seseorang itu kafir atau jahat, hendaknya kita tetap berlaku adil dan tidak menzalimi mereka kerana doa mereka akan dimakbulkan Allah serta tiada hijab.

SUMBER: www.waktusolat.net/fenditazkirah.blogspot.com

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker