Sajak Prof. Dr. Haim Hilman buat Najib Razak

Share

Dato Seri..

Cukup getir perjuanganmu..

Dalam membela nasib agama dan bangsa di tanah leluhurmu..

Teruslah melangkah wahai pahlawan bangsaku..

Berjuanglah dengan seluruh kudrat dan seikhlas hatimu..

Dato Seri..

Menjadi pemimpin itu memang jalannya cukup berliku..

Ramai teman tawamu dahulu, kini bisu hatta ada berusaha untuk jauh darimu..

Ramai juga yang sanggup, membuatmu sebagai seteru..

Kami tahu, itu semua mendukacitakanmu..

Namun bertabahlah, sesungguhnya, kami rakyat biasa sentiasa bersamamu..

Dato Seri..

9 Mei 2018 adalah tarikh yang gelap gelita..

Bila kekejaman fitnah diangkat menjadi raja..

Hingga tumbang sebuah kerajaan bangsa bertiang agama..

Satu hakikat seluruh umat Melayu dan Islam tidak boleh lupa..

Dato Seri..

Janjimu berpijak dibumi nyata, dikata dusta..

Tetapi janji mereka yang masih disanggar seloka, dipuji-puja..

Sesungguhnya, walau sekuat mana dirimu berusaha untuk semua..

Mereka yang alpa tetap menyanggahmu dengan caci cela..

Dato Seri..

Asam garam menjadi pemimpin memang luar biasa..

Bila suka, di angkat dipuja.. Bila benci, dicaci dihina..

Namun, walauapapun natijahnya..

Dirimu tetap dikenang, negarawan ulung nusa dan bangsa..

Dato Seri..

Besar sungguh ujian yang menimpa dirimu..

Ia juga sebenarnya ujian buat seluruh umat Melayu..

Dukanya kami hanya Allah yang tahu..

Tetapi percayalah, Allah memilihmu kerana kekuatanmu..

Pasti ada hikmah darinya, Tuhan yang Satu..

Dato Seri..

Kini sorak gembira Melayu alpa semakin hambar..

Apabila melihat kekuatan Melayu semakin longgar..

Segala berkaitan Melayu kini dipersoal..

Itulah hakikat pahit lagi perit, buat Melayu bangsa asal..

Dato Seri..

Moga-moga bangsa Melayu segera sedar..

Bangkit berjuang dengan jiwa cekal..

Agar kelak anak cucu tidak kesal..

Bermoyangkan insan berjiwa kerdil lagi pendek akal..

Dato Seri..

Teruskan perjuanganmu..

Demi agama, bangsa dan negaramu..

Biar seburuk mana mereka mahu melakar sejarahmu..

Dirimu tetap pahlawan ulung, di hati kami anak bangsamu bernama Melayu..

Dato Seri..

Kami akan terus berusaha..

Untuk memajukan diri, agama, bangsa dan negara..

Pesanmu tidak akan kami lupa..

Walau beribu halangan melanda..

Kan kami pastikan Melayu berjaya dan bermaruah di tanahairnya..

Dato Seri..

Walauapapun yang terjadi..

Percayalah, dirimu tidak akan kami lupai..

Walauapapun fitnah yang mereka jajai..

Jangan sesekali diragui, akan kasihnya kami kepadamu tuan empunya diri..

Sekian..

Prof. Dr. Haim Hilman

Leave a Reply