FAM sah ‘buka pintu’ TMJ jadi pengurus Harimau Malaya

Tunku Ismail datang memberi sokongan moral buat skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF 2022 di Wisma FAM, Kelana Jaya bulan lalu. – Foto ihsan FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa terbuka sekiranya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat untuk menjadi pengurus skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perkara tersebut hanyalah spekulasi setakat ini tetapi jika perkara itu benar, perbincangan lanjut pasti akan dibuat demi kebaikan bola sepak kebangsaan.

“Saya nampak tular Tunku Ismail sebagai pengurus (Harimau Malaya) tetapi, itu merupakan pandangan netizen. Jika ada (hasrat jadi pengurus) kita perlu bincang dan saya kena bawa kepada Exco FAM untuk putuskan, jadi tidak usah buat spekulasi.

“Kalau perkara ini datang dari Tunku Ismali, saya akan berjumpa untuk perbincangan lanjut. Ini spekulasi dari orang ramai tetapi jika baik untuk bola sepak apa salahnya.



“Saya percaya semua pihak ke arah tersebut (mahu melihat perkembangan pasukan bola sepak kebangsaan). Jadi, kita tidak menolak sebarang kemungkinan untuk sesiapa sahaja tampil untuk membantu,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Ketika ini jawatan selaku pengurus disandang oleh Kim Pan-gon yang juga ketua jurulatih Harimau Malaya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad



Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker