Usahlah Bersubahat dan Menanggung Dosa, Usah Cuba Menegak Benang Yang Basah

Share


Antara Kesetiaan dan Pengkhinatan
Semalam di hadapan “3,000” penyokong-penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya.

Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya.

Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya.

Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir.

Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja:

Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak?

Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut.

Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan “berkonspirasi” ke atas dirinya?

Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan jubah dan kopiah putih yang selalu dipakai, anda tentunya tidak akan melakukan perkara terkutuk itu tidak kira ada perangkap atau tidak.

Dan apabila sesuatu dilakukan secara suka sama suka, ia tidak bermakna perkara itu tidak salah.

Kes rasuah banglo Lim Guan Eng juga dilakukan suka sama suka.

Tetapi ia tidak bermakna dia tidak bersalah serta boleh dimaafkan dan wajar dilepaskan begitu sahaja seperti yang dilakukan oleh Peguam Negara.

Dalam politik, konspirasi adalah perkara harian biasa. Semua ahli politik matang dan berpengalaman faham perkara ini.

Namun seks luar tabii dan curang kepada isteri adalah dosa besar dan suatu jenayah.

Kepada “3,000” penyokong-penyokong Azmin ini, nasihat saya ialah usahlah bersubahat dan menanggung dosa dan usah cuba menegak benang yang basah.

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.

Isham Jalil


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *