Kalau Bukan Dia, Siapa?

oleh Ahmad Faiz

Ada seorang Menteri Jumaat lepas, mengadakan kenduri kesyukuran. Kebetulan atau apa, pada hari yang sama, sebuah akhbar meletakkan tajuk yang konon pengesahan dari pihak berkuasa, bukan dia yang “ditala” dalam video semburit itu.

Walhal setelah diteliti daripada isi kandungan berita berkenaan, takde pun Ketua Polis itu mengesahkan secara tuntas bukan Menteri berkenaan lelaki dalam video tersebut. Tak dapat juga dipastikan sama ada kenduri berkenaan dibuat berdasarkan tajuk berita itu atau tidak

Tapi, kalaupun betul bukan dia, persoalannya siapa?

Jika semua masih belum lupa, kes ini bukan tentang video itu saja, ada juga pengakuan dari salah seorang yang terlibat bahawa bahawa dia dan Menteri berkenaan yang beraksi dalam video tersebut. Dia yang “dibelakang” tu, takkan dia tak tahu siapa yang dia “balun”- fikir mudah sajalah ni.

Tak lupa juga dari segi alibi, kedua-dua mereka turut disahkan berada di lokasi berkenaan pada hari yang dikatakan berlaku kejadian memalukan itu. Selain setakat ini tidak ada tindakan saman dikenakan Menteri berkenaan terhadap lelaki yang mengaku meliwatnya dalam video itu.

Ini sudah tentu menimbulkan persoalan dan pastinya memerlukan penyiasatan lanjut oleh pihak yang berkenaan. Macam dua orang dirakam merompak kedai emas, satu orang mengaku dia dan si polan yang merompak, si polan nafi, takkan biar lepas macam itu saja, mesti disiasat kedua-duanya kan?

Sekarang, dah ada yang menanyakan – tak rasa awal sangat nak buat kenduri ke? Atau penyudahannya sudah diketahui lebih awal lagi sehingga confident betul berkenduri apa bagai?

Entahlah, yang pasti, dari 10 orang yang tengok video itu, semuanya kata lelaki yang kena itu adalah dia, atau kalau bukan, siapa?

Pelanduk dua serupa pun mesti ada nama. Pelanduk dua serupa tu peribahasa saja, bukan betul-betul pelanduk pun. Faham? Tak faham sudah.

Related Articles

2 Comments

  1. Perempuan yang bersepakat bunuh jong nam pun dia org trace walau cctv sevatu jauh, lagikan pulak pelakon dlm video semprit tu.. video tulen, pelaku gagal dikenalpasti… keke, what da fish..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker