Ketua cawangan Umno tak bodoh, Zahid balas dakwaan Dr M

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ketua cawangan mereka tidak bodoh seperti yang didakwa Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata malahan mereka bijak menilai, sabar dan setia dalam perjuangan.

“Harap Tun (Mahathir) tak lupa program di Maeps itu adalah Mesyuarat Agung Khas PPBM bukan Mesyuarat Agung Khas Umno.

“Mesyuarat Perwakilan 191 Umno Bahagian sedang berlangsung dengan penuh bersemangat dan harmoni,” katanya menerusi Facebook.

ADVERTISING

inRead invented by Teads

Semalam, Mahathir berkata PPBM perlu mengambil iktibar budaya pemimpin yang mementingkan diri sendiri dengan menyekat penyertaan ahli parti yang lebih cekap daripada dirinya.

Perdana menteri yang juga bekas presiden Umno selama 22 tahun itu memberi contoh sikap pemimpin cawangan bekas parti pimpinannya itu yang tidak membenarkan “orang yang lebih pandai menyertai parti.”

Zahid berkata Mahathir perlu muhasabah dan berusaha berhenti daripada diperbodohkan oleh DAP dalam pakatannya sendiri.

“Elok sekiranya berpisah kongsi dengan DAP. Parti itu menjadikan PH sebagai boneka mereka,” katanya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker