Azmin dan Zuraida tidak hadir walaupun dijadualkan berucap.

Share


Azmin tidak hadir lagi

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak muncul dalam program pemukiman PKR malam ini walaupun dijadualkan berucap.

Selain beliau, dua Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ali Biju yang sepatutnya memberikan ucapan dalam majlis yang dihadiri pimpinan parti itu juga tidak kelihatan.

Program yang berlangsung mulai pukul 8.30 malam itu dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Naib Presiden, Rafizi Ramli.

Semalam Mohamed Azmin menimbulkan tanda tanya apabila tidak menghadiri majlis perasmian program pemukiman itu oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketiadaan beliau dipercayai berpunca daripada pertelingkahannya dengan Anwar berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu. – UTUSAN ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *