ANWAR PERDANA MENTERI KEHORMAT

Pada 6 Julai 2012, Tun M pernah mencadangkan supaya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Kehormat.

Lantik dia “selama lima hari dan kemudian suruh dia bersara”. Ketika itu Tun bukan lagi Perdana Menteri.

Ia kenyataan balas Tun M terhadap temubual Anwar di Financial Times. Anwar menyatakan dia akan bersara dari politik jika pembangkang gagal menumpaskan BN di PRU ke 13.

Sekarang Tun berjaya menjadi PM kali kedua atas dokongan Anwar. Sudah tentu dia tidak berani melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Kehormat kerana dia berjanji melantik Anwar sebagai Perdana Menteri tulen selepas dua tahun.

Tetapi perkembangan mutakhir ini menunjukkan Anwar seperti mahu dipermain mainkan supaya bersara dari politik.

Lebih teruk lagi, Anwar seperti mahu dipatuk ular dari dalam partinya sendiri.

Khalid Jaafar menggunakan permainan dam ular untuk mendesak Anwar bersara politik

Anwar hanya tinggal dua mata sahaja lagi untuk sampai ke garisan penamat.

Malangnya di mata terakhir sebelum garisan penamat dia ditelan ular.

Maka jatuhlah dia di garisan permulaan dan perjalanan kembali jauh.

Dengan Khalid membangkitkan video China doll dan Azmin pula menyebut cermin diri sendiri, maka ada kemungkinan perang video akan berterusan dan memecah belahkan PKR.

Kalau Anwar tidak mahu jadi “Perdana Menteri Kehormat” maka dia kena lawan Mahathir habis habisan. Kowtimlah dengan DAP, dan dapatkan nasihat dari Nazri untuk buat patukan maut terhadap Tun.

Mohd Puad Zarkashi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker