Yuran UTM naik mendadak, mana janji pendidikan percuma PH?

#NaikYuranPerkhidmatanUTMSiapaPeduliRakyat?

Beberapa hari yang lalu, pihak UTM telah mengeluarkan satu surat pekeliling kepada semua pelajar untuk menaikkan yuran perkhidmatan. Masyarakat marah dengan berita kenaikan yuran perkhidmatan universiti ini.

Bermula semester 2, 2019/2020 dan seterusnya, yuran perkhidmatan itu meningkat dengan mendadak dari RM329 kepada RM700 bagi pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan manakala bagi kursus ijazah dalam bidang lain-lain, yuran perkhidmatan meningkat dari RM314 kepada RM685.

Ini bermakna UTM secara tiba-tiba menaikkan yuran perkhidmatan lebih daripada 100% bagi pelajar peringkat ijazah pertama iaitu di antara 112.8% dan 118.2%

Yuran Perkhidmatan bagi semua pengajian peringkat Sarjana pula naik sebanyak RM321 dari RM509 kepada RM830, peningkatan sebanyak 63%.

Apa respon Dr. Maszlee yang kononnya memahami penderitaan rakyat?

Adakah peningkatan kos rakyat ini terkandung di dalam manifesto PH?

Ke mana perginya dasar “peduli rakyat”? Apa yang jelas di sini, kerajaan PH TIDAK PEDULI rakyat!

Harap Dr. Maszlee mengesahkan kesahihan surat ini dan tidak lagi menyalahkan Wee Ka Siong.

Dari FB Wee Ka Siong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker