Mirror Mirror On The Wall. Semburit & Kunyit Dah Bercakau

oleh Ahmad Faiz

Antara kesilapan kerajaan BN dulu ialah, kita terlalu percaya dengan pandangan bahawa diakhirnya fakta akan menang dan persepsi akan kalah. Orang putih kata, “at the end, the truth will prevail”.

Betullah tu tapi harganya macam itulah, kalah pilihanraya dulu dan hilang kuasa. Kita tak belajar dari pengalaman PRU 2013 bila dakwaan 40,000 bangla dibawa khas untuk memenangkan BN, hampir mengalahkan kita.

Lagipun, benda-benda berkait fakta ni dahlah biasanya panjang, boring dan berbelit kadang-kadang.

Pembangkang masa itu pulak percaya, persepsi semata-mata, boleh menang. Ini pun pandangan yang salah, sebab itu kena menipu besar dan lontar harapan palsu kepada rakyat terutama malam sebelum hari mengundi untuk akhirnya rampas kerajaan ini dari BN.

Mereka menanglah tapi bergelut sekarang untuk mempertahankan kemenangan itu. Dari janji tak terlaksananya, jual asetnya, skandal seksnya, barang tak murahnya, tol tak percumanya, PTPTN tak mansuhnya – sekadar menyebut beberapa, rakyat dah jelak dah, tak sabar nak menunggukan PRU seterusnya.

Realitinya, rakyat negara ini lebih mudah terpengaruh dengan 50% fakta dan 50% persepsi. Bukan pasal orang kita lekeh sangat tapi sebab hal politik ni bukan semua orang ambik port pun, hidup sendiri lebih penting.

Inilah yang berlaku bila pihak berkuasa semalam mengesahkan bahawa video semburit bulan lepas adalah tulen – boleh katakan majoriti besar rakyat biasa dalam negara ini sudah percaya bahawa perlakuan itu dan pelaku-pelaku di dalamnya, adalah benar belaka.

Lagipun argument terbesar sebelum ini ialah video itu palsu, deep fakelah itulah, apa sekali dah dibuktikan tulen, terpaksa cari pelanduk muka sama pulak untuk disalahkan.

Tapi lewat dah. Video disahkan tulen – 50%, muka dah nampak sama – 50%, ada pengakuan salah seorang terlibat pulak, tambah lagi 50% – lebih dah tu.

Apa perlu lagi hal teknikal untuk pengecaman wajah dan sebagainya kan? Nak “membawang” ni bukan perlu beban pembuktian seperti di Mahkamah pun.

Gamaknya, yang terlibat sedar tentang hal ni, itu yang mula bercakau sesama sendiri tu ya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker