LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN

Semalam Ketua Polis Negara mengatakan bahawa video seks luar tabii mengaitkan Azmin itu adalah tulen.

Namun Ketua Polis Negara juga berkata mereka tidak dapat pastikan 100% bahawa pelaku dalam video tersebut adalah Azmin oleh itu identiti pelaku tidak dapat disahkan.

Sebenarnya, dalam mana-mana teknologi identiti digital menggunakan muka, memang ianya tidak digunakan untuk mengesahkan identiti namun hanya untuk mengecam identiti untuk siasatan lanjut.

Teknologi pengecaman muka ini sudah ada sejak tahun 1964 dan digunakan oleh kerajaan seluruh dunia untuk mengecam penjenayah dan pengganas dan kini oleh sektor komersial.

Dan mana-mana perisian mengecam muka yang digunakan jarang sekali memberikan 100% ketepatan, sebab terdapat beribu titik perbandingan digunakan yang mana muka orang yang sama tidak 100% sama setiap hari.

Contohnya semalam muka bersih, hari ini ada jerawat; semalam ada jambang, hari ini cukur bersih; semalam rambut panjang, hari potong pendek dan sebagainya.

Perisian mengecam muka iPhone Face ID pun mempunyai 30,000 titik perbandingan muka dan tidak memerlukan kesemuanya sama untuk mengesahkan identiti pengguna dengan standard yang tinggi.

Oleh itu saya ingin bertanya kepada Ketua Polis Negara, sekiranya ketepatan identiti pelaku dalam video itu didapati bukan 100%, berapa peratuskah yang perisian Cybersecurity itu kata yang pelaku itu adalah Azmin?

Cybersecurity bukan satu-satunya agensi yang mempunyai teknologi pengecaman muka digital.

Pihak polis boleh periksa dengan agensi-agensi lain dalam kerajaan yang mempunyai teknologi tersebut dan membuat perbandingan.

Jika ketepatan pengecaman adalah tinggi e.g. melebihi 70%, ia boleh digunakan untuk langkah seterusnya iaitu pengesahan identiti dengan mencari bukti fizikal dan saksi-saksi bahawa pelaku memang ada di tempat kejadian untuk menjawab persoalan berikut:

1. Adakah Azmin berada di Sandakan pada malam kejadian? YA

2. Adakah Azmin berada di Hotel Sheraton Fourpoint pada malam kejadian? YA

3. Adakah ada saksi-saksi yang nampak Azmin di Sandakan dan di Hotel Sheraton pada malam kejadian? YA

4. Adakah Azmin ‘checked in’ dan menginap di bilik kejadian pada malam kejadian? YA/TIDAK?

5. Adakah ada saksi-saksi termasuk pekerja-pekerja hotel yang lihat Azmin checked in dan menginap di hotel dan bilik kejadian? YA/TIDAK?

6. Adakah ada rakaman CCTV yang menunjukkan Azmin checked in dan menginap di hotel dan keluar masuk bilik kejadian? YA/TIDAK?

7. Adakah rakaman CCTV dan saksi ada nampak pelanduk dua serupa yang mungkin menyamar sebagai Azmin di hotel berkenaan? YA/TIDAK?

8. Adakah saksi yang mengatakan pelaku itu Azmin? YA

Saya pasti pihak polis sudah tahu semua jawapan dan hasil kepada siasatan-siasatan seperti di atas. Polis Malaysia memang cekap dan bukan bodoh.

Namun harap tidak ada pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran atau bersubahat menidakkan kemungkaran atas apa-apa kepentingan.

Sebab jika Allah SWT murka kerana umatnya bersubahat melakukan dan menggalakkan kemungkaran seperti yang berlaku semasa zaman nabi Lut dahulu, bala yang turun bukan hanya kena kepada orang yang melakukan dosa tersebut sahaja, malah orang yang bersubahat atau menutup sebelah mata dan rakyat yang tidak berdosa juga akan terkesan dengan bala itu juga.

Semoga Allah mengampunkan kita semua dan menjauhkan kita dari bala bencana.

ISHAM JALIL
19 Julai 2019

Related Articles

4 Comments

  1. susah sangat nak laksana 8 perkara mudah itu hamid bodoh errr bador boleh je tanya azmin begini:

    “apakah ulamak tersohor Yusuf Qaradawi telah menyuruh anda supaya tidak membuat sumpah mubahalah(menafikan dia seorang lagi lelaki dalam video semburit itu & Allah boleh turunkan laknat/bala terhadap si haziq jika tidak benar seperti yang dia dakwa bahawa azmin adalah seorang lagi lelaki dalam video semburit itu)?

    pertanyaan diatas bukanlah berbaur politik sebaliknya kalau hamid bodoh errr bador kata/tanya “min min(azmin) kenapalah engkau takut sangat nak bersumpah?” barulah ianya dianggap berbaur politik

    apa pun, hamid bador telah membuat kenyataan politik tentang dia kata kononnya pihak polis tidak dapat mengecam 2 lelaki dalam video semburit itu…dalam erti kata lain rakyat menganggap hamid bador telah membiarkan dirinya menjadi barua & diperalat oleh kerajaan PH(porn hub/pakatan hancing/pakatan haprak/penipu hebat)

    sekian terima kasih

  2. aku setuju 4 dari 8 perkara itu punya jawapan ialah IYA, lagi 4 perkara boleh juga kita mengiyakan ianya tidak dapat dilakukan kerana campur tangan/arahan TT supaya tidak dilakukan

    nampaknya memang benar hamid bodoh errr bador telah membuat kenyataan politik tentang kononnya pihak polis tidak dapat kenal pasti 2 individu dalam video semburit itu

    dalam erti kata lain hamid bodoh errr bador bukanlah seorang yang mempunyai integriti, rakyat anggap IGP telah membiarkan dirinya menjadi barua & diperalat oleh kerajaan PH(porn hub/pakatan hancing/pakatan haprak/penipu hebat

    apa pun, hamid bodoh errr bador boleh kembalikan dirinya dilihat mempunyai integriti(walaupun sedikit) jika dia berani bersuara minta azmin ali membuat sumpah mubahalah…semoga azmin ali tidak menjawab dengan berkata ulama tersohor Yusuf Qaradawi tidak menyuruh dia bersumpah

    sumpah mubahalah ini untuk azmin ali menafikan bukan dia seorang lagi lelaki dalam video semburit itu & si haziq boleh mendapat laknat/bala jika tidak benar seperti yang dia dakwa bahawa azmin adalah seorang lagi lelaki dalam video semburit itu

    kalau azmin ali ialah orang kena fitnah & kena aniaya tentang video semburit ini, adalah teramat pelik seorang Muslim seperti azmin ali tidak mahu membuat sumpah mubahalah…si haziq telah dihitamkan(sebagai orang jahat) dimata rakyat oleh media rejim PH, tentunya rakyat mahu melihat orang jahat seperti si haziq mendapat laknat/bala…atau azmin ali sebenarnya takut mendapat laknat/bala?

  3. Aku takut nk komen sbb benda ni libatkan polis he3..naya je kang.
    Tapi apa agaknya yg sedang terjadi kpd 2 org yg masih ditahan reman? Disoal secara adil atau tidak?
    Agak2nya apalah kenyataan yg mereka akan keluarkan bila dah dibebaskan nanti.

    Pernah dengar dulu2 orang2 tua berkata kalau tak silap, dalam dunia ni ada 7 org yg sama muka mcm kita..tapi aku pernah jumpa lagi orang yang mukanya sama macam azmin..kecuali mamat yang macam muka azmin dalam video tu..pihak berwajib kenalah cari mamat tu he3

  4. tentang mereka yang kena tahan itu, aku rasa mereka tak mungkin dibebaskan…kesalahan mengedar video lucah mana boleh dilepaskan…misal kata lelaki yang seorang lagi itu bukan azmin tapi pelanduk 2 serupa, sudah tentu bukan saja mereka2 yang kena tahan itu malah hamid bador juga akan terkejut beruk…mahathir cuma terkejut dengan kepintaran azmin dapat mengadakan pelanduk 2 serupa…akan bertambah kepercayaan mahathir dengan kepintaran azmin untuk dia terus mengekalkan azmin sebagai menteri hal ehwal ekonomi & ambil alih jawatan PM darinya pada satu hari nanti walapun ekonomi negara terus muram pada masa ini

    bagaimana agaknya anwar terkejut?

    polemik tentang skandal video semburit ini tidak akan tamat dengan tangkapan mereka2 itu, ianya akan terus berpanjangan jika tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap azmin…integriti pihak polis khususnya hamid bador & tommy thomas(AG) akan terjejas lebih teruk jika tiada apa2 tindakan dikenakan terhadap azmin setelah mereka2 yang kena tahan itu didakwa & dikenakan hukuman…jika tidak menerusi undang2, azmin harus dikenakan tindakan menerusi resolusi politik yang bermaksud azmin harus tahu letak jawatan secara sukarela atau terpaksa dipecat

    harus kita ingat dikalangan mereka2 yang kena tahan itu, ada diantara mereka merupakan saksi…mereka tahu seorang lagi lelaki dalam rakaman video semburit itu adalah azmin…si haziq bukan seorang sahaja yang menjadi saksi paling dekat & intim

    kalaulah ada orang muka macam azmin sudah tentu orang itu akan pergi berjumpa azmin(menggunakan orang tengah) untuk selesaikan masalah si azmin & orang itu pun berpeluang untuk buat duit…azmin banyak duit takde masalah nak upah orang itu suruh dia mengaku kata dialah yang sedang bersemburit dengan si haziq

    hamid bador pula akan suruh pegawainya tangkap orang itu…masa jumpa hamid bador akan merenung lama2 muka orang itu, selepas itu dia akan berkata “ahh betul lah ini kes pelanduk 2 serupa”…orang itu cuma perlu berkata dia tak terima apa2 habuan kalau tak mahu dirinya kena dakwa(oleh polis) & hamid bodoh errr bador pun percaya lalu melepaskan dia

    si haziq pula akan pergi berjumpa azmin minta maaf sampai cium cium kaki azmin…syahdu sungguh keadaan pada masa itu, ada wartawan sedang ambil gambar sampai menangis teresak-esak…sikit lebih kurang macam ni agaknya kata2 si haziq pada azmin “aku minta maaf min, manalah aku tahu itu bukan kau tapi pelanduk 2 serupa tapi kan, boleh tahan besar jugak k***k dia macam k***k kau min”

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker