Perang dingin ‘Amy & Awie’ kini berakhir [VIDEO]

KUALA LUMPUR – Selepas empat tahun berseteru, dua vokalis rock legenda tanah air, Datuk Awie Wings dan Datuk Amy Search akhirnya mengenepikan ego dan berdamai saling memaafkan antara satu sama lain.

Menurut Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman, pertemuan yang diaturkan satu pihak baru-baru ini menjadi titik permulaan baharu untuk hubungannya bersama Amy yang dianggapnya seperti seorang abang.

“Saya ambil masa berminggu-minggu untuk setuju mengenai pertemuan itu dan perlu fikirkan sebab masing-masing ada ego sendiri.



“Namun selepas difikirkan semula, tidak mahu biadab dengan orang yang lebih dewasa, saya sayang dia sebagai seorang abang, pelopor muzik rock di Malaysia dan tiada yang lebih layak untuk memegang gelaran nombor satu sepertinya,” katanya kepada Kosmo! Online di NusaFest, di sini baru-baru ini.

Tambah vokalis berusia 54 tahun itu, hubungannya dengan Amy mula dingin sejak tahun 2019.

Dia bagaimanapun akur dan sebagai individu yang lebih muda, ego harus diketepikan dan enggan memanjangkan permusuhan tersebut.

“Hubungan kami dingin beberapa tahun juga, sejak pemain drum Search, Allahyarham Yazit Ahmad meninggal dunia (tahun 2019).



“Disebabkan lebih muda daripadanya, saya pergi jumpa dan saling bermaaf-maafan sebagai adik dan abang, sahabat serta ahli perjuangan dalam industri ini.

“Tiada apa lagi yang hendak fikirkan. Umur pun semakin tua, kubur pun memanggil-manggil (kematian). Ini bulan yang baik dan mulia,” jelas pelakon serta penerbit filem Sue-On itu.

Awie mengakui, pertemuan semula dengan dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13, baru-baru ini turut membuka matanya untuk memperbaiki hubungan yang dingin dengan individu lain.

“Saya nak buang zaman bodoh-bodoh seperti dulu.



“Sejak saya sudah dapat bertemu kembali dengan anak-anak baru-baru ini, saya mencari dan hubungi semula kawan-kawan yang bergaduh dengan saya, kami lupakan masalah serta bersahabat semula.

“Alhamdulillah, dunia semakin sempit dan semakin hari, kematian juga menghampiri. Sudahlah cukup,” ujarnya.

Hubungan dingin bermula, apabila Amy berkecil hati dengan kenyataan Awie yang mendakwanya mengabaikan Yazit ketika sakit.

Baginya, Awie melemparkan tuduhan tidak berasas dan hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak.



Terdahulu, Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia sekitar September 2019 akibat pelbagai penyakit.-

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks



Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker