Speaker Dewan Rakyat tolak usul merujuk Lim Guan Eng Ke J’kuasa Parlimen kerana menipu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat berat sebelah

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Ariff Md. Yusof didakwa bertindak berat sebelah selepas menolak usul untuk merujuk Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malah melahirkan kekesalan apabila Mohammad Ariff seolah-olah cuba mempertahankan Guan Eng walaupun tuduhan wang hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) jelas tidak dirompak.

Ismail Sabri turut kecewa dengan sikap ‘double standard’ Mohammad Ariff terhadap ahli Parlimen pembangkang berbanding layanan kepada kerajaan.

“Disebabkan berlaku ketegangan dalam Dewan Rakyat tadi, kita cuba bagi jalan penyelesaian yang lebih lembut iaitu tak merujuk Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tetapi memohon maaf dan tarik balik tuduhan yang dikeluarkan.

“Namun begitu, perkara itu tak berlaku dan Yang Dipertua juga bukan sahaja tak arahkan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan untuk tarik balik malah tetap dengan keputusan menolak usul yang dibawa,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Keputusan Mohammad Ariff yang mendapati tidak berlakunya unsur provokasi serta mengelirukan dalam kenyataan ‘merompak’ oleh Guan Eng untuk membolehkan Menteri Kewangan itu dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli Parlimen di blok pembangkang yang menganggap ia bertentangan dengan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Isnin lalu bahawa tiada kehilangan wang sebanyak RM19.4 bilion dalam GST. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker