Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR 16 Julai – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan pengukuhan dolar, menjelang prospek penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) bulan ini, kata peniaga.

Pada 6 petang, nota tempatan disebut harga pada 4.1100/1130 berbanding dolar AS daripada 4.1070/1100 pada penutupan Selasa.

Laporan menyebut penyiaran data jualan runcit AS bagi Jun dan ucapan oleh Ketua Fed Jerome Powell lewat hari ini mungkin mempengaruhi langkah selanjutnya ke atas dolar AS.

Sementara itu, nota tempatan kebanyakannya didagangkan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.1161/1211 daripada 5.1580/1634 pada Isnin dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6155/6205 daripada 4.6319/6365.

Ringgit juga tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0276/0303 daripada 3.0285/03191 pada penutupan semalam namun rendah berbanding yen kepada 3.8087/8119 daripada 3.8074/8112. -BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker