Pengerusi PKR Negeri, 2 Lagi Dijangka Direman

KUALA LUMPUR 16 Julai – Tiga lelaki termasuk Pengerusi PKR sebuah negeri yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pasir Gudang, Johor hari ini bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini dijangka direman esok.

Kesemua suspek berusia antara 29 dan 37 tahun itu yang seorang daripadanya setiausaha politik dijangka dibawa ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan permohonan reman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kesemua suspek akan direman di mahkamah di sini esok.

Terdahulu, Huzir mengesahkan penahan tiga lelaki tersebut.

Namun beliau tidak mengulas apabila ditanya sama ada seorang daripada yang ditahan merupakan pemimpin politik.

“Ya, kita tahan dua lelaki Melayu dan seorang India di Johor Bahru berhubung kes video seks yang tular,” katanya.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), bersama lima lelaki ditahan reman sehingga 20 Julai bagi membantu siasatan berhubung penularan video seks berkenaan,

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki di Mahkamah Majistret di sini bagi siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN ONLINE

Bekas setiausaha politik Guang Eng direman 4 hari.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker