MENGAPA SETIAUSAHA POLITIK ANWAR DITAHAN?

Share


Setiausaha Politik kepada Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, adalah antara pemimpin PKR yang paling lantang bersuara dalam isu video seks membabitkan Datuk Seri Azmin Ali.

Pada 18 Jun, Farhash, melalui portal berita Free Malaysia Today, menggesa Datuk Seri Azmin menyaman Haziq kalau betul beliau bukan orang dalam video itu dan menggesa beliau meletakkan jawatan kalau beliau orang dalam video itu.

Pada 20 Jun, Farhash, melalui portal berita The Star Online, menyebut apa yang rakyat mahu tahu adalah sama ada video itu tulen atau palsu selain menyebut orang dalam video kedua yang disebarkan kelihatan seperti Datuk Seri Azmin.

Semalam, beliau dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis dan dijangka direman hari ini.

Soalnya ialah mengapakah beliau ditahan, dan apakah beliau terlibat dalam perkara ini?

Dan apakah penahanan beliau ini akan memberi implikasi ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Dr. Kamarul Yusoff


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *