Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Fund) Kerajaan Persekutuan itu seperti rumah yg mempunyai 3 bilik.

oleh S Abbas Saad

Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Fund) Kerajaan Persekutuan itu seperti rumah yg mempunyai 3 bilik.

Bilik 1 – Akaun Hasil Kerajaan
Bilik 2 – Akaun Amanah atau Kumpulan Wang
Bilik 3 – Akaun Deposit.

Bila terimaan bayaran GST (cth: Seratus Ringgit) dimasukkan ke dlm Bilik 1 – Akaun Hasil dulu.

Bila bayaran balik GST (Cth: Tiga Puluh Ringgit), pindahkan (journalisekan) jumlah tuntutan GST yg telah disahkan oleh Kastam betul dan tepat ke Bilik 2 – Kumpulan Wang Pulang Balik GST utk dibuat bayaran oleh Jabatan Akauntan Negara.

Bila bayaran balik GST selesai dibuat oleh Jabatan Akauntan Negara maknanya wang itu telah dikeluarkan dari rumah.

Kita semua tahu dari jumlah kasar GST yg dibayar masuk oleh pelesen2 GST itu 70%-60% darinya adalah kutipan bersih (nett revenue) sebagai Hasil Kerajaan manakala lebih kurang 30%-40% adalah jumlah bayaran balik Input Tax GST.

Jadi setelah dirujuk kpd KSU Perbendaharaan dan Akauntan Negara Malaysia, maka cara perakaunannya ialah dengan mengkreditkan dulu kutipan kasar GST itu ke Akaun Hasil, dan segala tuntutan pulang balik GST jumlahnya dipindahkan melalui Baucar Jurnal ke Kumpulan Wang Pulang Balik GST setelah pihak Kastam mengesah tuntutan itu lengkap dan benar.

Cara ini adalah perakaunan yg betul dan sepatutnya, dan diamalkan sejak pelaksanaan GST itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker