Pas ‘tiada selera’ dengan pelawaan PH – Hadi Awang

Walaupun ditawarkan peluang untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), namun Pas tetap dengan pendirian untuk tidak menerima gabungan itu sebagai ‘rakan kongsi’.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah mengakui ‘ajakan’ yang diterima daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) itu sebagai ‘tidak menyelerakan’.

“Tiada selera, cukup itu sahaja,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini dilaporkan sedia membuka pintu kerjasama dengan Pas untuk menjadi sebahagian parti komponen PH demi penyatuan umat Islam.

Tawaran itu dilakukan selepas bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempelawa Pas untuk mempertimbangkan tawaran menyertai PH.

Husam yang kini merupakan Naib Presiden Amanah berkata, sudah tiba masanya Pas dan pemimpinnya berfikir jika tidak mahu perjuangan selama lebih 60 tahun menumbangkan UMNO menjadi sia-sia. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker