Kit Siang Bukan Sahaja Bacul Berdebat Dengan Najib, Dengan Rakyat Pun Sama…

Share


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir Penasihat Dap Lim Kit Siang yang bukan sahaja bacul untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, malah kini juga bacul untuk berdebat dengan ‘cyber troopers’ di kalangan rakyat.

Ini rentetan tindakan Kit Siang yang membuat kenyataan media mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia di mana menterinya dari Dap, Gobind Singh Deo supaya menyiasat sumber kewangan ‘cyber troopers’ kononnya dibiayai oleh Najib.

“Dap lupa, sekarang mereka berhadapan dengan ‘cyber troopers’ rakyat. Kumpulan ini lahir secara spontan tanpa dibayar. Mereka bukan ‘Red Bean Army’ tajaan Dap yang memang dibayar dengan bantuan dana asing.

“‘Cyber troopers’ rakyat lahir kerana kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Mereka terdiri daripada ribuan pekerja kontrak yang diberhentikan kerja. Mereka adalah ribuan mahasiswa yang tertipu dengan janji penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka juga adalah peneroka FELDA yang terkesan dengan kejatuhan harga sawit.

“Maka tidak perlulah SKMM menyiasat siapa yang menaja ‘cyber troopers’ tersebut. UMNO dan Najib sudah tidak ada duit. Akaun mereka sudah dibekukan. Hatta aset yang dirampas sekarang pun mahu dilucut hak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegas Dr Puad dalam status di Facebook.

Ini juga jelas satu signal bahawa PH tidak akan mampu membendung kebangkitan ‘cyber troopers’ di kalangan rakyat yang sukarela menyebar luas ‘postings’ daripada Facebook Najib, katanya lagi.

Justeru itu, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu berkata semakin terbongkar mengapa Dap mahu menguasai jawatan Peguam Negara, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Itulah tiga jawatan utama yang menjadikan Dap semakin berkuasa dan kerajaan PH hanyalah boneka mereka.

“Ternyata Dap adalah parti kuku besi. Janji kebebasan bersuara dan amalan demokrasi yang lebih subur hanyalah retorik sahaja.

“Ternyata Dap tidak tahan serangan rakyat melalui media sosial,” bidasnya. – MediaUMNO



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *