Gugur Kuasa Yang Di-Pertuan Agong? Pindaan RUU Profesion Guaman Syarie Dipertikai

Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah membidas kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang enggan memberi penjelasan sebenar berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (WP) 2019.

Kata beliau, penggulungan yang dibuat oleh menteri dalam Dewan Rakyat berkaitan perkara ini menimbulkan persoalan besar apabila ia seakan menghilangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan dan adakah perkara ini mendapat perkenan Majlis Raja-Raja?

“Menjadi tanda tanya bila menteri dalam sesi pergulungan semalam menggulung RUU akta peguam syarie menyatakan pindaan yang dicadangkan oleh pihak kementerian telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Saya telah bertanya adakah Agong tahu dengan jelas berkaitan menidakkan kuasa Yang di-Pertuan Agung dalam undang-undang baru ini namun ia tidak dijawab.



“Bagi saya ini adalah satu ultra virus kepada Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan. Manakan tidak, kuasa Agong diganti kepada menteri.

“Sepatutnya, sebarang pindaan yang menyentuh kemuliaan, kedudukan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong mesti merujuk kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu… Tapi apa yang menteri bentang adalah seperti mengikut kehendak sendiri dan seakan lupa kedudukan Raja-raja adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Kita tidak boleh buat sebarang tafsiran mengikut kehendak sendiri,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Shahar, tindakan kerajaan PH ini seakan mahu menghilangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan ia adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

“Pindaan seksyen 59 ini akan mengakibatkan terhapusnya peranan Yang di-Pertuan Agong dan kerana itulah ia harus mendapat perkenan Majlis Raja-raja dan inilah yang saya persoalkan sebenarnya.



“Sebagai contoh, pada cadangan seksyen 65 RUU profesion guaman syarie 2019 dinyatakan, ‘majlis peguam syarie boleh, dengan kelulusan Menteri membuat kaedah-kaedah…’ dengan kata lain ‘kelulusan Yang di-Pertuan Agong’ sebagaimana ada dalam seksyen 59 (2) Akta Pentadbiran undang-undang Islam 1993 dicadangkan untuk digantikan dengna ‘kelulusan menteri’, tiada lagi kelulusan Yang di-Pertuan Agong.

“Justeru, saya memohon agar pihak kerajaan menjelaskan secara terperinci berkaitan perkara ini kerana saya bertanya bagi pihak rakyat,” tegas beliau lagi. – MediaUMNO

Peguam fail saman isu Agong tak isytihar darurat



Related Articles

One Comment

  1. perkara ini bukan lagi dalam kategori amat mengecewakan tetapi lebih tepat ialah perbuatan pengkhianatan kepada agama, Yang Di Pertuan Agong dan negara.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker