Daftar juga 3.6juta bakal pemilih – Ismail Sabri

Kira-kira 3.6 juta warganegara yang layak mengundi selepas melepasi umur 21 tahun sebelum ini perlu dipastikan didaftar secara automatik sebagai pemilih selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apabila had umur mengundi berjaya diluluskan untuk diturunkan kepada 18 tahun termasuk pendaftaran pemilih secara automatik sebaik mencapai umur berkenaan, golongan 3.6 juta tadi tidak sepatutnya juga dilupakan.

“Saya amat berharap selepas akta ini diluluskan, kesemua 3.6 juta yang belum berdaftar dapat berdaftar juga sebagai pemilih secara automatik, maknanya bukan yang berusia 18 tahun itu sahaja yang turut berdaftar, saya mohon jaminan,” katanya.



Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera berkata demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 untuk bacaan kali yang kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, jelas Ismail Sabri, walaupun pihak pembangkang menyokong sepenuhnya pindaan rang undang-undang tersebut, beliau berharap kerajaan dapat mewujudkan garis panduan dan peraturan terutama bagi menghalang berlakunya diskriminasi kepada di beberapa peringkat.

“Kebimbangan kita mengenai suasana di sekolah, kolej dan matrikulasi, apabila pelajar-pelajar ini dibenarkan mengundi, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan mesti mempunyai peraturan yang jelas sama ada sekolah-sekolah dan kolej ini akan digunakan atau tidak sebagai tempat berpolitik dan kepartian.

“Kami juga tahu sama ada guru-guru dibenarkan berpolitik atau tidak selepas ini, ketika ini diskriminasi yang jelas kepada guru-guru yang terlibt dalam politik, mereka yang menyokong pembangkang disisihkan dan diberikan amaran. Begitu juga bagi pelajar, adakah kerajan boleh secara terbuka menerima tentangan dari pelajar yang menyokong pembangkang tanpa mereka menerima apa-apa diskriminasi,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Undi 18 tahun, daftar pemilih automatik dilaksana selewat-lewatnya Julai 2021 – Takiyuddin

Related Articles

One Comment

  1. mengharapkan sikap adil daripada ph seumpama menunggu bulan jatuh ke riba…

    jangan haraplah.!!!.. sampai kiamat pun ph tak akan pernah bersikap adil…
    itupun kalau ph mampu melepasi pemerintahan sepenggal…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker