Biarlah masuk Tanjung Rambutan daripada berbohong – Hamidah

Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamidah Osman rela dihantar ke Tanjung Rambutan daripada berbohong kepada rakyat.

Menurutnya, beliau tidak sanggup berbohong kepada rakyat dan menganiaya bangsa untuk kepentingan sendiri.

Katanya, beliau tidak mahu di hadapan rakyat cakap lain dan di belakang rakyat cakap lain kerana itu semua akan dijawab di akhirat nanti.

“Saya agak hairan kenapa setelah mengakui (Lim Kit Siang mencadangkan penubuhan Bersatu) Tun Mahathir mencadangkan supaya saya dan Datuk Seri Najib masuk Tanjung Rambutan?

“Namun saya berpendapat biarlah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada bangsa, agama dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamidah membalas reaksi Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam agar beliau dihantar ke Tanjung Rambutan kerana mendakwa Bersatu ditubuhkan atas cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Hamidah secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Mahathir kerana akhirnya mengakui bahawa sememangnya Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti melayu untuk menarik 10 peratus undi UMNO.

“Nampaknya bukan Melayu yang mudah lupa tetapi Kit Siang yang sudah lupa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker