Politician Takde Otak Saja Tolak Najib

Share


oleh Ahmad Faiz

Politik dan populariti datang sekali. Ahli politik yang waras otaknya, tahu tentang itu. Populariti tu datang macam mana, lantaklah. Dari asal usul keturunan keluarga ke, parti yang diwakili ke, kuat menipu ke, mulut lancang ke, artis ke, skandal ke, semburit/semburogol, tak kisahlah tu.

Dengan politik di Malaysia ini lagilah. Kalau pandai manipulasi keadaan, kaki semburit boleh nampak suci, yang betul-betul suci pulak boleh nampak macam penyangak.

Cukuplah tu sarkastik.

Apa yang cuba disebutkan sekarang ini ialah, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berada di atas sekarang. Siapa yang cuba nafikan itu, sama ada dia bodoh atau buat-buat bodoh. Justeru, dengan populariti yang semacam itu, parti politik bodoh saja yang akan tolak beliau.

Rakyat tengah sayang, tengah suka, siapa bodoh saja menolaknya?

Justeru, terencat macam manakah UMNO/BN yang sedang dalam proses pemulihan pasca kalah PRU14, menolak Najib? Sudah tentu tidak masuk akal. Kalau pun betul pun Najib nak jadi Perdana Menteri semula setelah dilantik sebagai penasihat BN, apa pulak masalahnya?

Lagipun nak pisah Najib dari UMNO/BN macam mana? Beliau ahli parlimen BN mewakili Pekan, ke ada yang dah lupa pasal itu?

Eh, ni penasihat BN, bukan penasihat UMNO. Nak jadi penasihat BN, kena boleh diterima semua parti komponen dan sekutu. Yang 3 hari tak sampai dilantik Setiausaha dah kena cemuh dek parti komponen, tengok cermin dulu lah.

Yang takde apa-apa jawatan lepas kalah bertanding, lagi. Faham isu dulu sebelum bercakap.

Persetanlah apa pun nak cakap. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN buat keputusan betul dengan melantik Najib sebagai Penasihat BN. Beliau politician sebenar, faham apa kehendak rakyat dan bagaimana untuk menyesuaikan keadaan dengan keperluan sekarang.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *