Pembangkang bawa usul rujuk Lim ke j’kuasa parlimen kerana mengelirukan dewan dalam isu GST.

Pembangkang bawa usul rujuk Lim ke j’kuasa parlimen kerana mengelirukan dewan dalam isu GST.

PARLIMEN | Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob memulakan usul untuk merujuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana menurutnya telah mengelirukan Dewan Rakyat.

Ia susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) yang mendapati bayaran balik GST – yang didakwa Lim telah “dirompak” oleh pentadbiran BN – tidak hilang.

“Laporan PAC (yang dibentang di Dewan Rakyat) hari ini (menunjukkan) tidak ada kehilangan wang atau wang dirompak (seperti didakwa) seperti didakwa menteri.



“Dengan itu saya memohon untuk merujuk Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ,” katanya hari ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming kemudian meminta Ismail Sabri menyatakan sebab untuk berbuat demikian secara bertulis.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) kemudian menggesa Dewan Rakyat untuk menjamin keputusan akan dibuat dalam sidang kali ini, yang akan berakhir Khamis ini.

“Saya harap anda boleh beri jaminan perkara ini boleh dibahaskan di Dewan dalam sidang kali ini,” katanya.



Bersetuju dengan gesaan itu, Ismail Sabri yang juga anggota parlimen Bera berkata ia perlu dibahaskan segera, kerana ia perkara serius yang melibatkan integriti pentadbiran lalu.

“Saya beri jaminan keputusan akan dibuat mengikut lunas undang-undang dan peraturan mesyuarat,” kata Nga kemudian.

“Jika peraturan mesyuarat mengkehendaki keputusan dibuat sidang kali ini, maka ia akan dibuat (begitu),” katanya lagi.

Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker