Lim Guan Eng terus meroyan di Parlimen akibat diusulkan ke J’kuasa Parlimen dengan menyerang Ka Siong

Share


Lim Guan Eng seperti hilang akal menyerang Wee Ka Siong hari ini yang telah mengadakan sidang akhbar mengenai penipuan Lim Guan Eng di dalam parlimen dalam isu GST.

Sebelum itu Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob memulakan usul untuk merujuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana menurutnya telah mengelirukan Dewan Rakyat.
Ia susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) yang mendapati bayaran balik GST – yang didakwa Lim telah “dirompak” oleh pentadbiran BN – tidak hilang.
“Laporan PAC (yang dibentang di Dewan Rakyat) hari ini (menunjukkan) tidak ada kehilangan wang atau wang dirompak (seperti didakwa) seperti didakwa menteri.

Lim Guan Eng tiba-tiba menyuruh Ka Siong belajar dari Khairy dan Nazri. Sudah nampak macam ada agenda antara mereka bertiga.

Yang pasti , Lim Guan Eng tidak mengulas isu usul yang akan membawanya ke Jawatankuasa Parlimen kerana mengelirukan dewan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *