Abaikan cubaan mengalih isu oleh Nazri dan Khairy. — MYKMU.NET

Abaikan cubaan mengalih isu oleh Nazri dan Khairy.



Sebaran :

Cubaan Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin untuk terus memburukkan reputasi Najib Razak dan cubaan memperlekehkan presiden parti ini adalah bertujuan mengalih isu-isu kelemahan serta kegagalan kerajaan PH/Dap.

Umum mengetahui mereka berdua ini cukup rapat dengan pemimpin-pemimpin kerajaan PH/Dap.

Seperti kata saudara Isham Jalil, Nazri dan KJ dari awal dahulu tidak bersetuju dengan penyatuan UMNO dan PAS sebaliknya ingin membawa UMNO ke arah yang berbeza.
“Nazri pernah buat roadshow untuk berjumpa ketua-ketua bahagian UMNO satu Malaysia dengan cadangan supaya UMNO bekerjasama dengan PKR dan DAP.
Ini telah menjadi salah satu punca beberapa pemimpin UMNO keluar parti pada ketika itu.
KJ pula ingin buka UMNO kepada semua kaum kononnya untuk menjadi centrist (duduk di tengah)
Sebagai ahli politik, kita perlu memperjuangkan sesuatu dan perlu ada pendirian. Untuk ini kita tidak boleh duduk di tengah”, kata beliau lagi.



Mereka berdua perlu ingat Najiblah antara pemimpin pembangkang yang paling lantang bersuara serta mendedahkan kepincangan-kepincangan pentadbiran sekarang beserta fakta-fakta. Malah gerakan “Boosku” beliau yang dikatakan gerakan budak-budak oleh Nazri juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari rakyat. Adakah Nazri mahu menafikannya ?

Najib hanya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat sahaja pun bukan sebagai Pengerusi BN.

Sekiranya mereka berdua ini ikhlas dalam perjuangan parti, sudah tentu mereka menegur atau menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada pucuk pimpinan parti. Tetapi apa yang mereka lakukan adalah dengan menggunakan media-media utama.



Di kala parti-parti pembangkang mula bergerak dengan baiknya dan mendedahkan segala kepincangan-kepincangan kerajaan, mereka berdua ini bagaikan api dalam sekam cuba membantutkannya.

Justeru kita perlu abaikan mereka berdua ini dan fokus kepada agenda utama kita iaitu mendedahkan lebih banyak penipuan serta kepincangan kerajaan Dap/PH ini.

Jangan kita termakan umpan mereka.




Sebaran :


Leave a Reply