Kertas siasat video semburit dihantar ke DPP dua kali

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kertas siasatan video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara sebanyak dua kali untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kali terakhir kertas siasatan itu dihantar adalah pada Khamis lalu namun dipulangkan semula kerana terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil dan diteliti lagi.

“Pihak Jabatan Peguam Negara memberikan arahan-arahan tertentu untuk mendapatkan keterangan kes maka kami perlu dapatkan kenyataan daripada individu terlibat dan terpaksa berulang-alik dari Sandakan, Sabah.

“Maka ia mengambil masa yang lama untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar semula kepada pihak peguam negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Rumah Terbuka Malam Semarak Kasih Perumahan Blok Melati PDRM di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker