DATUK SERI ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI: MANTAN KETUA STAF PEJABAT DSAI

Semalam, 12 Julai 2019, dalam ucapan beliau pada Sogo’s 25th Charity and Business Partners’ Appreciation Nite 2019 di Hotel Shangri-La, sekali lagi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan betapa dasar-dasar pro Melayu mesti dihapuskan dan digantikan dengan dasar-dasar berasaskan keperluan (needs-based policies).

Sepanjang semakan saya, ini adalah kali kelima beliau menegaskan mengenai keazaman beliau ini sejak PH mencapai kemenangan dalam PRU 14.

Kali pertama beliau tegaskannya melalui wawancara beliau dengan AP pada 17 Mei 2018.

Kali kedua beliau tegaskannya melalui ucapan beliau dalam Endowment Dialogue di Singapura pada 15 September 2018.

Kali ketiga beliau tegaskannya melalui ucapan beliau dalam Forum ‘Malaysia: A New Dawn’ di Kuala Lumpur pada 9 Oktober 2018.

Kali keempat beliau tegaskannya melalui tweet beliau pada 25 Mac 2019 berbunyi “I will not compromise on this issue – our economic agenda must be needs-based, not race-based”.

Kali ini, penegasan Datuk Seri Anwar mengundang kritikan tajam mantan ketua staf di pejabat beliau sendiri, Ibrahim Yaacob, yang menulis:
“”NEP not sustainable” YB Port Dickson. That’s why he’s not fit to be PM, keep on dreaming.”

Amat menarik bila seorang mantan ketua staf di pejabat Datuk Seri Anwar sendiri boleh berubah angin menyatakan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri bukan kerana sebab peribadi tetapi kerana sebab dasar.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker