BILA PEMIMPIN AMANAH MENYANGGAH PARTI, PEMIMPIN DAN KERAJAAN SENDIRI

Kasihan sungguh melihat Pengarah Komunikasi AMANAH sebuah negeri yang kini menjadi sebahagian daripada pemimpin kerajaan sebuah negeri yang didukungi oleh AMANAH yang kelihatan terlalu terbuai-buai dengan konsep “free speech” sehingga tidak mampu membezakan antara konsep “free speech” dan konsep “hate speech”.

Di dalam berbuat begitu, beliau sebenarnya telah menyanggah pegangan partinya, pendirian pemimpin parti beliau malah dasar rasmi kerajaan yang beliau dukungi.

Perlembagaan AMANAH menyebut bahawa tujuan utama penubuhan parti itu adalah untuk “memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan” selain untuk “mendukung pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan demokrasi”.

Islam jelas melarang “hate speech”, antara yang jelas adalah di dalam larangan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk (Surah al-Hujurat: 11) selain janji kecelakaan besar bagi mereka yang suka mencaci dan mengeji (Surah al-Humazah: 1).



Naib Presiden AMANAH yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, di dalam kenyataan beliau kepada Free Malaysia Today pada 12 November 2018 menyebut jelas bahawa “hate speech is wrong, even against ‘deviant’ Shias”.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyebut jelas di Dewan Rakyat pada 9 Julai 2019 bahawa, walaupun Akta Hasutan dimansuhkan, peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan (hate speech) yang melibatkan institusi diraja, kaum dan agama akan dikekalkan.

Peguam Negara, Tommy Thomas, juga menyebut jelas pada 12 Julai 2019 mengenai peningkatan jumlah “hate speech”, khususnya dalam talian, membabitkan institusi diraja, kaum dan agama dan pendakwaan tetap akan dilakukan ke atas kesalahan-kesalahan begini.

Kesemuanya bersetuju bahawa “hate speech”, termasuk yang melibatkan institusi diraja, adalah satu kesalahan dan pendakwaan tetap akan dilakukan ke atas kesalahan begini baik waktu Akta Hasutan belum dimansuhkan seperti sekarang atau selepas ia dimansuhkan.



Kenyataan Tommy Thomas menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Wan Ji Wan Hussin di dalam Facebook beliau pada 5 November 2012 yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun adalah termasuk di dalam kategori “hate speech”.

Di dalam bahasa peguam Lukman Sheriff pada 11 Julai 2019 ia berbunyi begini:
“Media memang berat sebelah. Tidak mahu menyatakan apa yang sebenarnya berlaku. Maka ramai tak tahu betapa buruk sekali hate speech (hasutan kebencian) yang ditulis oleh Wan Ji. Ini bukan pasal Wan Ji sahaja. Sesiapa yang memanggil Sultan kita syaitan, bodoh dan firaun memang melampaui batas, menghasut kebencian dan cross the red line/langgar lampu merah. Mereka yang menyalahi ini mesti dijadikan contoh supaya tidak berlaku lagi. Jangan kita cross the line/lampu merah.”

Di dalam bahasa wartawan Ku Seman Ku Hussain pada 12 Julai 2019 pula ia berbunyi begini:
“Wan Ji tidak mengkritik mengikut norma sosial sejagat. Sebaliknya dia mengeluarkan kata-kata yang penuh kebencian, hasutan dan fitnah terhadap Sultan menerusi laman sosial miliknya. Yang ditulis oleh Wan Ji tidak boleh dianggap atau disekutukan sebagai kebebasan bersuara. Ini sama sekali bukan kebebasan bersuara tetapi kebebasan mengeluarkan kata-kata kesat. Adakah mengeluarkan kata-kata yang penuh kebencian dan hasutan boleh dianggap sebagai kebebasan bersuara?”

Sangat pelik bila seorang pemimpin AMANAH tidak mampu membezakan antara konsep “free speech” dan konsep “hate speech”.



Tambah pelik bila beliau menyanggah pegangan partinya, pendirian pemimpin parti beliau malah dasar rasmi kerajaan yang beliau dokongi.

Wake up, my friend, “hate speech” is not “free speech”, but it is a crime and it will still be a crime even after the Sedition Act is already abolished!

Dr. Kamarul Yusoff



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker