Caj perkhidmatan e-hailing dijangka naik hari ini?

Kadar caj bagi perkhidmatan e-hailing dijangka akan berlaku kenaikan serta tempoh tempoh menunggu lebih lama berikutan penguatkuasaan peraturan baharu perkhidmatan itu mulai esok.

Grab dalam kenyataan menerusi laman sesawangnya memaklumkan, peraturan baharu, program khas lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) menyebabkan akan berlakunya kekurangan pemandu e-hailing khususnya pemandu sambilan.

Grab turut memberi amaran kepada pengguna terhadap situasi ini dengan meminta pengguna merancang perjalanan dan pilihan pengangkutan dengan baik.

“Menerusi peraturan baharu ini, rakan pemandu Grab akan berdepan dengan proses yang ketat untuk memenuhi syarat tertentu.

“Ini kerana pemeriksaan latar belakang, enam jam latihan memandu, ujian pemanduan Jabatan Pengangkutan Jalan, pemeriksaan kereta oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan pemeriksaan kesihatan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut Grab, pengguna berdepan dengan kenaikan tambang secara dinamik terutamanya pada waktu puncak dan hujan.

“Kami memahami kesukaran pengguna apabila berdepan dengan tambang yang tinggi tetapi ia disebabkan kekurangan pemandu di jalan raya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker