Tindakan hanya diambil terhadap mereka yang Guan Eng tidak suka, inikah rule of law – Ka Siong

Agak terkejut juga bila Menteri Kewangan Lim Guan Eng kata kerajaan tak mampu untuk mengesahkan jumlah aset 1MDB.

Umum mengetahui bahawa nilai aset 1MDB adalah RM43 bilion, jauh lebih tinggi daripada hutangnya.

Kenapa susah nak audit dan sahkan?

Dalam masa sama Guan Eng juga tiba-tiba ‘kepanasan’ apabila Ahli Parlimen Pontian (BN) bertanya, adakah rakyat yang pergi menunaikan ibadah haji di Mekah yang menggunakan dana Yayasan 1MDB perlu memulangkan duit tersebut?



Guan Eng kata ia lari topik. Tambahnya, PH hanya fokus kepada organisasi. Undang-undang boleh ditafsir sewenang-wenangnya oleh Guan Eng?

Sebelum ini, dia sendiri yang kata Mukhriz, Shafie dan Muhyiddin tak masukkan wang yang diterima dari akaun peribadi Najib Razak ke dalam akaun peribadi mereka, maka tiada tindakan. KOJADI ini pula akaun peribadi siapa?

Guan Eng juga ada menyentuh tentang dana yang diterima koperasi KOJADI daripada Yayasan 1MDB. Persoalannya kenapa KOJADI sahaja yang diambil tindakan? Yang lain-lain boleh “terlepas”? Mana-mana organisasi yang Guan Eng tak suka, boleh diambil tindakan? Inikah “rule of law”?

Sedangkan semua tahu bahawa KOJADI adalah sebuah organisasi yang mempunyai 60,000 ahli dan merupakan koperasi yang memberi pinjaman pendidikan dan keusahawanan kepada orang ramai sejak hampir 40 tahun. Ianya telah memberi pelbagai pinjaman yang memanfaatkan lebih daripada 14,000 orang tanpa mengira kaum dan agama.



Namun, Guan Eng secara terbuka membela Pengerusi KOJADI yang kononnya “dipecat” oleh Ahli Lembaga Pengarah. Guan Eng tidak membaca suratkhabar ke?

Ng Peng Hey mengumumkan kepada media beliau digantung (suspended) daripada jawatan Pengerusi oleh Lembaga Pengarah, takkan Guan Eng tak dapat bezakan “gantung” dengan “pecat”? Kalau tak pasti, tanyalah sendiri 14 Ahli Lembaga Pengarah KOJADI dan jangan hanya dengar cakap seorang sahaja!

Sedia maklum, Pengerusi KOJADI itu digantung kerana bertindak sendirian, tanpa berbincang dengan Ahli Lembaga Pengarah. Saya yakin apa jua tindakan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah Kojadi mestilah mengikut Akta Koperasi dan berpandukan kepada Undang-undang Kecil Kojadi.

Untuk memahami lebih lanjut isu Kojadi, boleh rujuk video ini :



Dengarkan bermula minit ke 1:13:47

Selepas Guan Eng menjawab soalan, saya bangun atas Peraturan Mesyuarat 36(2) dan memohon petua daripada Speaker.

Saya kata, kenapa Guan Eng membangkitkan isu “civil forfeiture” (fasa 1) terhadap 41 organisasi dan individu yang sedang dalam proses di mahkamah mulai 25 Jun 2019 ? Ianya adalah satu kesalahan dan mengganggu proses mahkamah (sub justice).

Sebaliknya, Guan Eng seolah-seolah macam tak faham bahasa dan menyebut kes KOJADI belum dibawa ke mahkamah.



https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/09/kojadi-chairman-cries-foul-over-suspension-says-being-punished-for-doing-th/1769820

Aduh, dia ini pandai betul putarbelit!

Apa yang beliau sebut semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat pada pagi tadi JELAS menyentuh kes “civil forfeiture” dan sebut nama-nama parti politik. Kalau Guan Eng nak nafi lagi, rujuklah balik HANSARD parlimen, habis cerita!

Sebelum ini, bukan main marah lagi bila ada Ahli Parlimen pembangkang yang membangkitkan isu Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan banglo bawah harga pasaran?



Perkataan “sub judice” digunapakai oleh MP DAP, malah ada petua Speaker mengatakan sebelum ini bahawa mana-mana kenyataan media SPRM dan sumber media tak boleh dipetik di Dewan Rakyat.

Yang lebih menghairankan semasa bukan waktu persidangan parlimen, ada juga petua yang melarang MP pembangkang menggunakan perkataan video …… apa cerita ini?

Wee Ka Siong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker