Jangan ketepikan sumbangan Najib – Zahid

Presiden UMNO , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan dan faktor penarik untuk dilantik ke jawatan itu.

Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh menyuarakan pandangan terhadap pelantikan itu namun adalah tidak sesuai bagi seorang pemimpin mengetepikan sumbangan yang boleh diberikan pemimpin lain demi kebaikan parti.

“Sesiapa pun boleh memberikan pandangan, yang penting semua pihak mesti melangkah ke depan membantu BN dan UMNO untuk perkukuhkan parti.

“Tetapi tidak begitu sesuai jika pandangan yang berbentuk mengetepikan kelebihan seseorang dalam memberikan sumbangan tenaga, apatah lagi mempunyai pengaruh yang boleh membawa generasi pelbagai kaum untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan rasa kurang senang dengan pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Mohamed Nazri menganggap pelantikan itu satu langkah ke belakang manakala Khairy berkata, beliau tidak lagi gembira dengan di mana beliau berada sekarang. -UTUSAN ONLINE

Masa Untuk UMNO – PAS Bangun Semula Ketepikan Semua Perbedaan – Dr Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker