Pelantikan Najib Pengerusi Lembaga Penasihat BN langkah tepat – Shamsul Anuar

Share


Keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN merupakan suatu langkah yang sangat tepat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, berdasarkan pengaruh dan pengalaman yang dimilikinya, parti percaya beliau akan dapat memainkan peranan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Dewan Tertinggi BN lain dalam usaha memulih, memperkasa dan mengembalikan semula kekuatan BN.

“Kita percaya di ketika rakyat negara ini semakin tertekan akibat corak kepimpinan tidak konsisten dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji-janjinya, BN mampu kembali menjadi pilihan rakyat di negara ini.

“Dan bersama Pas kita yakin akan kembali berkuasa di negara ini.

“Saya berharap semua pimpinan dan ahli parti di semua peringkat terus memperkukuhkan perpaduan sesama kita. Kekuatan parti akan terserlah jika kita bersama melakukannya.

“Tumpuan kita sekarang ialah berhadapan dengan kerajaan PH. Kita mesti berusaha supaya rakyat menyokong perjuangan kita,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *