Last Minute, Carca Marba & Pakatan Harapan Berpisah Tiada

Share


Ini yang berlaku dalam Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini :

Saya membangkitkan persoalan mengenai projek Sistem Transit Aliran Johor – Singapura (RTS).

Menurut jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan YB Dato’ Kamarudin Jaffar, faktor kelewatan pelaksanaan projek ini adalah kerana peralihan kuasa selepas PRU14 sehingga menangguhkannya selama 6 bulan.

Satu perjanjian tambahan ditandatangani pada 21 Mei 2019 untuk menangguhkan projek RTS Link mulai 1 April 2019 sehingga 30 September 2019.

Akibat tindakan Pakatan Harapan ini, Malaysia terpaksa MEMBAYAR KOS PENANGGUHAN kepada Singapura sebanyak SGD 632,324 atau RM2 juta sebelum 31 Julai 2019!

Dalam masa sama, kerajaan juga masih belum memutuskan sama ada pelaksanaan projek ini akan diteruskan oleh Prasarana atau mana-mana syarikat yang lain.

Sedangkan, Perjanjian Dua Hala RTS Link (BA) yang dimeterai Singapura dan Malaysia pada Januari 2018 lalu telah menetapkan syarikat usaha sama (JVC) membabitkan SMRT dan Prasarana ditubuhkan 30 Jun 2018.

Sekarang bulan Julai, tak lama lagi September.

Selain perlu membayar RM2 juta, kerajaan juga perlu membayar SGD 67 juta kepada Singapura sekiranya membatalkan projek RTS ini yang berupaya memberi manfaat kepada hampir 288,000 pengguna berulang-alik Malaysia – Singapura.

Satu pesanan saya, JANGAN BUAT KERJA ‘LAST MINUTE’!

Wee Ka Siong
Presiden MCA



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *