Anwar tidak setuju dengan hukuman ke atas Wan Ji

Hukuman Wan Ji terlalu keras – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap hukuman penjara setahun yang dikenakan terhadap penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin sebagai terlalu keras.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Anwar malah mengatakan hukuman yang diterima Wan Ji kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tujuh tahun lalu itu bertentangan dengan pembaharuan demokratik.

“Ia (pemenjaraan Wan Ji) malang, saya bersimpati. Saya fikir hukuman itu terlalu keras.

“Ini bukan sesuatu yang selari dengan peralihan demokratik (selepas Pilihan Raya Umum Ke-14),” katanya selepas sesi soal jawab anjuran World Movement for Democracy di sini hari ini.

Wan Ji terpaksa meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak ra­yuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Sharafuddin.

Wan Ji yang pada 2017 dilantik sebagai Pegawai Penerangan kepada Lim Guan Eng sewaktu Menteri Kewangan itu bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang malahan terpaksa meringkuk selama setahun setelah Hakim, Datuk Abdul Halim Aman meminda hukuman asal setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara ke atas Wan Ji selepas dia didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Sebelum itu, pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012. – UTUSAN ONLINE

Terbit perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, Wan Ji dipenjara setahun

 

Related Articles

One Comment

  1. Dasar peliwat tak sedar diri..kau bekas banduan kesalahan moral paling keji.
    Kau tak layak untuk beri pandangan atas salahlaku orang lain kerana kau dah lakukan salahlaku paling buruk hingga kaum keluarga kau terpaksa menyokong kau atas dasar menjaga airmuka kau dan keturunan kau selagi ada hayat didunia ini.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker