Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 8 Julai – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini, seiring dengan prestasi kebanyakan mata wang negara sedang pesat membangun di Asia berikutan peningkatan dolar US berkenaan yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1390/1420 berbanding dolar US daripada 4.1340/1370 sewaktu ditutup pada Jumaat lepas.

Beliau menyifatkan kelemahan mata wang asing termasuk ringgit adalah disebabkan oleh pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat yang kukuh pada minggu lepas dan merendahkan jangkaan pelabur bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan bertindak menurunkan kadar faedah.

Sewaktu ditutup, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8158/8189 daripada 3.8267/8306 pada Jumaat, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0436/0463 daripada 3.0460/0493 dan naik berbanding euro kepada 4.6473/6511 daripada 4.6557/6607, sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun tidak berubah berbanding pound Britain pada 5.1882/1937 daripada 5.1882/1932, sebelum ini. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker