Pilihanraya kerajaan tempatan tidak sesuai dilaksanakan – Tok Mat

Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah memaklumkan bahawa kertas kabinet berkenaan pelaksanaan pilihanraya tempatan akan dibentangkan akhir tahun ini. Pilihanraya tempatan adalah salah satu janji Pakatan Harapan dalam manifestonya dalam PRU ke 14.

Setelah lebih setahun, Pakatan Harapan tidak berupaya menjelaskan pendiriannya berkaitan pelaksanaan cadangan tersebut. Sekali lagi menyerlahkan pemerintahan mereka yang tidak terarah.

Saya merasa isu ini sangat penting dan jarang bahaskan. Namun IMPLIKASI pelaksanaannya kepada rakyat Malaysia sangat besar. Ia akan mengubah lanskap politik Malaysia dengan drastik sekali.

Pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan dijangka menyumbang kepada POLARISASI kaum yang lebih kritikal. Kekhuatiran ini lahir daripada tanggapan bahawa di sesetengah bandar yang didominasi sesetengah kaum, ramai pengundi akan cenderung menyokong calon dari kalangan kaum mereka saja. Ini sangatlah tidak baik kepada kemajmukan Malaysia.



Malaysia tidak boleh dijarakkan lagi melalui dominasi kaum mengikut bandar, wilayah dan tempat. Kita mesti mencari jalan mengimbangkannya dan model sedia ada adalah baik namun perlu di perbaiki.

Kedua, memperbaharui dan memodenkan fungsi PBT bukan semestinya melalui mengadakan pilihanraya tempatan sahaja.
Ia memerlukan paradigma baru dalam tata kelola, undang-undang, tadbir urus, penguatkuasaan dan teknologi termaju. Proses pemilihan yang demokratik, walaupun baik, bukan jawapan kepada masalah PBT waktu ini. Kita harus menjauhkan PBT menjadi satu lagi medan politik yang akhirnya gagal mengutamakan kepentingan sebenar rakyat.

Saya menyeru semua pihak meneliti impak pilihanraya tempatan ini secara serius. Kita jangan membiarkan PH dengan sewenangnya menukar aturan bagaimana masyarakat kita harus diurus dengan alasan demokrasi semata-mata.

Tok Mat.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker