Kerajaan Kantoi Menipu Mengenai Tol

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2019/07/Tol-I.mp4[/KGVID]Jawapan Menteri Kewangan pagi ini di Dewan Rakyat untuk isu pembelian 4 lebuhraya tol dengan nilai RM6.2 bilion oleh kerajaan PH.

1. Kerajaan akan pinjam RM6.2 bilion melalui penerbitan bon.

2. Kerajaan tak bayar satu sen. Pinjaman ini dibayar balik melalui caj kesesakan yang dikutip dari rakyat.

3. Caj konsesi akan terus dikutip dari Rakyat selepas konsesi tol tamat.

4. Dia dakwa rakyat akan jimat sebanyak RM180 juta semasa tempoh konsesi tol kerana ada diskaun 30% untuk caj kesesakan pada masa luar puncak dan bebas tol pada masa bukan puncak iaitu pada tengah malam.

5. Tapi dia tak sebut pula berapa Rakyat perlu lebih bayar setiap tahun akibat “caj kesesakan” terus dikutip selepas konsesi tol tamat.

Ini bermakna masa PH, rakyat terus membayar selepas konsesi tol tamat.

Janji PH untuk mansuh tol sebenarnya adalah janji terus kutip tol untuk selama-lamanya.

#TollForever

Wee Ka Siong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker