ISU KLIP VIDEO SEKS MULA MEMASUKI PARLIMEN

Pada 17 Jun lalu Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, telah memberikan amaran kepada Ahli Parlimen agar tidak membangkitkan sebarang isu berhubung klip video seks sejenis melibatkan seorang menteri.

Datuk Mohamad Ariff malah berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang menimbulkan isu itu mengikut peraturan Parlimen kerana soalan begini dikatakan boleh menjejaskan proses siasatan.

Saya sebaliknya berkata bahawa mengikut peraturan Parlimen soalan yang tidak boleh ditanya hanyalah “perkara yang sedang dibicarakan oleh Mahkamah perkara yang dalam timbangan Mahkamah”, bukan “perkara yang dalam siasatan”.

Menariknya, hari ini, pada soalan 117 kelihatan Parlimen membenarkan satu soalan mengenai klip video seks sejenis melibatkan menteri tersebut ditanya oleh Ahli Parlimen DAP dari Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh.



Soalan ini meminta “Menteri Dalam Negeri menyatakan secara spesifiknya tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap Haziq Abdul Aziz berkenaan pengakuan beliau di dalam satu rakaman video tular terhadap satu kemungkinan kelakuan jenayah di bawah Kanun Keseksaan”.

Beberapa isu berbangkit mengenai soalan ini:
(1) Apa tujuan Ramkarpal Singh menanyakan soalan ini?
(2) Mengapa Speaker Dewan Rakyat membenarkan soalan ini ditanyakan?
(3) Bila soalan ini dibenarkan, apakah ini bermakna ia adalah satu pengakuan bahawa Speaker Dewan Rakyat tersilap sewaktu mengumumkan larangan ke atasnya?
(4) Bila soalan ini dibenarkan, apakah ini bermakna semua Ahli Parlimen lain juga kini dibenarkan untuk membangkitkan sebarang isu berhubung klip video seks ini?

Dr. Kamarul Yusoff



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker