Bella tak percaya suami ke, soal netizen

Bella tak percaya suami ke, soal netizen

Gara-gara kehadiran Sophia Albarakbah di All Stars Gegar Vanganza (ASGV)baru-baru ini, ramai yang tertumpu kepada reaksi pelakon Bella Astillah memandangkan suaminya ada terlibat sebagai peserta dalam program nyanyian itu.

Malah, Bella juga ada mendakwa Sophia telah memberikan kenyataan palsu dan berbohong mengenai kehadirannya dalam konsert berkenaan di mana dia mendakwa aktres jelita itu telah keluar Auditorium setelah Aliff Aziz selesai membuat persembahan.

Menjengah ke blog hiburan, ramai netizen beranggapan bahawa Bella kini sudah mempunyai masalah kepercayaan yang teruk terhadap suami, Aliff Aziz.

Kata netizen, Bella seperti trauma berikutan kisah lampau berulang kali yang terjadi dalam rumah tangganya bersama Aliff sebelum ini.

Netizen juga menasihatkan agar Bella untuk tidak takut dengan ‘penyondol’ sebaliknya risau akan suami sendiri kerana sesuatu yang berlaku pastinya melibatkan dua pihak dan bukannya sebelah pihak sahaja.

Terdahulu, Bella mendakwa nama Sophia Albarakbah tiada dalam senarai tetamu yang sepatutnya hadir pada malam minggu konsert ketiga ASGV itu.

Ibu kepada dua anak ini juga berkata Sophia sering menipu dan suka memutar belit cerita.

Aliff Aziz sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia ada bermain cinta dengan beberapa pelakon wanita seperti Afifah Nasir, Oktovia Manrose dan terkini, Sophia Albarakbah.

Bella tak percaya suami ke, soal netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker