Ahli PH kalau tak ikut pemimpin, kita belasah – Mahathir

Ahli Pakatan Harapan (PH) perlu mengikut pemimpinnya jika tidak, mereka akan ‘dibelasah’.

Demikian kata Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada pemberita ketika menjawab soalan yang pada asalnya ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ahli PH kena mengikut pemimpinnya. Kalau tidak ikut kita ‘belasah’,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar ditanya adakah beliau akan meneruskan dasar Dr. Mahathir selepas mengambil alih kepimpinan negara kelak ekoran kebimbangan pelabur tentang isu penerusan dasar.

Menjawab persoalan itu, Ahli Parlimen Port Dickson yang duduk di sebelah Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri pada sidang akhbar berkenaan menegaskan Perdana Menteri bertindak atas dasar PH.

“Dan saya seorang ahli PH. Cukuplah…,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker