Tergelincir ke dalam sungai, remaja lemas ketika beraya

Tergelincir ke dalam sungai, remaja lemas ketika beraya

SIPITANG: Aktiviti ziarah hari raya bersama keluarga bertukar tragedi apabila remaja lemas selepas tergelincir ke dalam sungai, dalam kejadian di Kampung Banting, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, mangsa berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan berhampiran lokasi dia dikatakan tergelincir, sebelum disahkan meninggal dunia.



Jurucakap Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan, pada 12.20 tengah hari.

“Mangsa dilaporkan tergelincir ke sungai ketika melintasi jambatan di sungai berkenaan semasa beraya bersama keluarga.

“Mangsa dilaporkan berjaya ditemui keluarganya kira-kira 1.21 petang sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan paramedik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. FMT



Tergelincir ke dalam sungai, remaja lemas ketika beraya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker