Persamaan perjuangan UMNO-Pas yakinkan rakyat

Share


Persamaan dalam aspek perjuangan yang dibawakan antara UMNO dan Pas menerusi bentuk kerjasama gerakan Perpaduan Ummah bukan sahaja mampu menarik sokongan orang Melayu, malah turut diyakini banyak pihak.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, ini kerana pembentukan piagam kerjasama antara kedua-dua parti dalam soal agama, bangsa, raja dan Perlembagaan menjadi pelengkap sekali gus menggugat kedudukan pihak lawan.

“Pada saya, kerjasama yang terjalin antara UMNO dan Pas ini akan bersifat berterusan kerana konsep dan pegangan yang dibawa kedua-dua parti itu sama.

“Justeru hasil gabungan penyatuan ini akan menjadi lebih mantap dan kukuh selepas kerjasama yang dibentuk berjaya menubuhkan satu piagam yang bersifat inklusif mencakup semua aspek khususnya unsur Islam, raja dan Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gabungan kerjasama antara UMNO dan Pas melalui gerakan Perpaduan Ummah kini dilihat semakin kuat sehingga ‘menggerunkan’ Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *