Mahathir sepatutnya bawa PPBM bersama UMNO atau PAS jika ikhlas mahu umat Islam bersatu – Khalil

Share

Balas seruan Dr M, Khalil pelawa Bersatu bersama PAS-Umno

Membalas seruan Dr Mahathir Mohamad berkenaan penyatuan parti Melayu, Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi mengajak Bersatu untuk bersama-sama PAS dan Umno demi ummah.

Beliau setuju dengan kenyataan pengerusi Bersatu itu berkenaan perpecahan politik di kalangan orang Melayu begitu ketara, tetapi membantah gesaannya agar orang Melayu menyertai Bersatu.


“Saya merasakan saranan tersebut sudah agak lapuk dan ketinggalan arus perdana.

“Saya sarankan agar Mahathir dan Bersatu untuk bersama dengan PAS dan Umno dalam agenda muafakat perpaduan ummah yang sedang diusahakan masa kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PAS dan Umno sudah memulakan agenda perpaduan ummah yang lebih besar matlamat berbanding apa yang disifatkannya sebagai usaha menyelamatkan kroni dan legasi.


Semalam, perdana menteri mempelawa semua parti politik Melayu, termasuk Umno, untuk menyertai Bersatu untuk menguatkan kuasa politik orang Melayu.

Katanya, banyaknya parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

Sementara itu, bekas naib presiden PAS, Nakhaie Ahmad membidas pelawaan Mahathir kerana pada masa sama mengkritik kerjasama antara dua parti Melayu iaitu Umno dan PAS.


“Ajak semua parti Melayu bersatu.Tetapi mengapa kecam usaha PAS dan Umno untuk bersatu?

“Bukankah lebih pratikal jika sokong usaha PAS dan Umno itu dan sertai sekali dalam usaha tersebut demi perpaduan Melayu,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Mkini

Leave a Reply